Pembubaran DUN dan Parlimen Pilihan_raya_umum_Malaysia_2018

Sementara mana-mana negeri boleh membubarkan dewan undangannya secara bebas daripada Parlimen Persekutuan, amalan tradisional adalah untuk kebanyakan dewan-dewan undangan negeri dibubarkan pada masa yang sama dengan Parlimen. Selaras dengan undang-undang di Malaysia, Parlimen serta dewan perundangan setiap negeri (Dewan Undangan Negeri) akan secara automatik dibubarkan pada genap tahun kelima sidang pertama, dan pilihan raya hendaklah diadakan dalam masa enam puluh hari dari pembubaran, melainkan dibubarkan sebelum tarikh yang ditetapkan oleh Ketua Negeri masing-masing atas nasihat Ketua-ketua Kerajaan mereka.

Selepas pembubaran, sama ada secara automatik atau tidak, kerajaan sedia ada akan kekal sebagai kerajaan sementara. Kerajaan sementara hanya dibenarkan meneruskan komitmen lama dan tidak boleh membuat komitmen baharu.[20]

Pada penggal kali ini, tiada DUN yang terbubar dengan sendirinya. Di bawah adalah tarikh dewan perundangan setiap negeri jika dibubarkan secara automatik dan tarikh pembubaran oleh Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri memohon perkenan ketua-ketua negeri masing-masing:[21][22][23][24]

Dewan Undangan NegeriMula penggalTamat penggalTarih wajib pilihan raya

(sebelum/pada)

Pembubaran Dewan Undangan Negeri

(bagi menyelaraskan dengan tarikh pilihan raya parlimen)

Kelantan13 Jun 201313 Jun 201813 Ogos 2018Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob telah mengisytiharkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 7 April 2018 setelah mendapat perkenan oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra.[25]
Terengganu16 Jun 201316 Jun 201816 Ogos 2018Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman telah menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin pada 9 April bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri.[26][27]
Negeri Sembilan17 Jun 201317 Jun 201817 Ogos 2018Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hasan mengumumkan pembubaran dewan undangan negeri pada 6 April 2018 selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.[28]
Johor20 Jun 201320 Jun 201820 Ogos 2018Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin mengumumkan pembubaran Dewan Negeri pada 6 April 2018 setelah mendapat perkenan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.[29][30]
Selangor21 Jun 201321 Jun 201821 Ogos 2018Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor pada 9 April 2018 setelah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memohon perkenan pembubaran dalam sebuah istiadat ringkas.[31]
Kedah23 Jun 201323 Jun 201823 Ogos 2018Menteri Besar Kedah, Ahmad Bashah membubarkan Dewan Undangan Negeri pada 7 April 2018 setelah mendapat persetujuan dari Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.[25]
Perlis28 Jun 201328 Jun 201828 Ogos 2018Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 6 April 2018 setelah mendapat kebenaran daripada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.[32]
Pulau PinangKetua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertemu Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 9 April untuk mendapatkan persetujuan pembubaran Dewan Undangan Negeri.[33]
PerakSultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan Dewan Undangan Negeri Perak ke-13 dibubarkan berkuatkuasa 9 April 2018 dalam Istiadat Menzahirkan Pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak ke 13, setelah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan.[34]
Pahang1 Julai 20131 Julai 20181 September 2018Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob telah membubarkan DUN pada 7 April 2018 setelah mendapat perkenan daripada Pemangku Sultan Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.[25]
MelakaKetua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 6 April 2018 setelah mendapat persetujuan daripada Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.[35]
Sabah13 Julai 201313 Julai 201813 September 2018Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 6 April 2018 setelah mendapat persetujuan dari Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.[36]
Sarawak7 Julai 20167 Julai 20217 September 2021Dewan Undangan Negeri Sarawak telah mengadakan pilihan raya pada tahun 2016 dan tidak dibubarkan dalam masa terdekat.

DUN Sarawak tidak akan terbubar sehingga 2021 memandangkan pilihan raya terakhir diadakan pada 2016. Sesetengah negeri yang mempunyai Sultan akan mengadakan istiadat pembubaran ringkas DUN seperti Selangor[37] dan Perak.[38][21]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Pilihan_raya_umum_Malaysia_2018 http://kempen.s3.amazonaws.com/pdf/Buku_Harapan.pd... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bubar-du... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-n... http://www.astroawani.com/berita-politik/anak-alla... http://www.astroawani.com/berita-politik/buang-und... http://www.astroawani.com/berita-politik/mohd-shaf... http://www.astroawani.com/berita-politik/penentuan... http://www.astroawani.com/berita-politik/ppbm-akan... http://www.astroawani.com/berita-politik/pru14-spr...